SEMBILAN DARUL KHUSUS
PENGANJUR : DATO'-DATO' ADAT ISTANA BESAR SERI MENANTI
TEMA : " BERTALI KE SIAK"
TARIKH : 17 Oktober - 21 Oktober 2014
DAY 1
Kurang sejam dalam penerbangan Air Asia kami landing dengan selamat di bandara Sultan Syarif Kasim II International Airport
Di hadapan Bangunan Konsulat Malaysia, Pekan Baru , Riau Indonesia
Setelah tiga jam perjalanan , rombongan sampai ke Siak dan "Check in" di Hotel Mempura
DAY 2
Bersedia untuk bertolak ke Balai Adat Siak
Melalui Jambatan Siak
Peserta Rombongan Dato'-Dato' Adat Istana Besar Seri Menanti
Ucapan aluan dari Wakil Siak
Persembahan dari Siak
Para isteri tidak ketinggalan bergambar buat kenangan
Istana Siak Inderapura.
Istana Siak Sri Inderapura merupakan kediaman resmi Sultan Siak yang mulai dibangun pada tahun 1889, yaitu pada masa pemerintahan Sultan Syarif Hasyim. Istana ini merupakan peninggalan Kesultanan Siak Sri Inderapura yang selesai dibangun pada tahun 1893. Kini istana yang juga dijuluki Istana Matahari Timur ini, masuk wilayah administrasi pemerintahan Kabupaten Siak.
Istana Siak memiliki arsitektur bercorak Melayu, Arab, dan Eropa.
' Ruang sidang' yang terdapat dalam Istana Siak
Bergambar di hadapan Payung Di Raja
Tangga ke tingkat atas
Muzium Balai Kerapatan Adat Siak
Balai Kerapatan Adat dibangun sekitar tahun 1888. Bangunan ini pernah digunakan sebagai tempat berkumpulnya Sultan dan para staf untuk membincangkan hal-hal penting yang berkaitan dengan pemerintahan. Selain itu, dulu bangunan ini juga digunakan sebagai tempat persidangan.
Pintu utama Balai Kerapatan Adat ini menghadap ke sungai di mana pengangkutan utama di Siak adalah kapal-kapal kecil yang melalui Sungai bangunan ini digunakan sebagai tempat berkumpulnya Sultan dan para staf untuk membincangkan hal-hal penting yang berkaitan dengan pemerintahan. Selain itu, dulu bangunan ini juga digunakan sebagai tempat persidangan.
Ada dua buah tangga yang terletak di sisi kanan dan kiri. Satu diperbuat daripada kayu dan satu daripada besi. Setelah selesai sesuatu perbicaraan , jika keputusannya tidak bersalah, maka suspek itu akan turun dari tangga besi. Sebaliknya, jika bersalah maka suspek akan turun dari tangga kayu dan terus menuju penjara yang dulunya terletak di sisi kiri bangunan. .....edited from liandamarta.com
Bahagian siling yang halus keseniannyaKelihatan Sungai Siak
Ruang Persidangan
Ruang Tangga bahagian hadapan yang menghadap Sungai Siak
Masjid Syahabudin
Masjid ini letaknya dekat sekali dengan Istana Siak. Hanya berjarak beberapa ratus meter saja. Masjid ini merupakan salah satu masjid tertua di Kabupaten Siak. Didirikan pada tahun 1926 di era Sultan al-Said al-Kasyim Abdul Jalil Saifuddin. Kami sempat bersolat di sini.
Di dalam pekarangan masjid juga terdapat makam Sultan Syarif Kasim II yang merupakan sultan Siak terakhir di kerajaan Siak.
Pada malamnya kami diraikan dalam majlis makan malam resmi di Gedung Maharatu sambil menyaksikan acara adat serta kesenian Siak
DAY 3
Rombongan check out dari Hotel Mempura untuk ke Pekan Baru. Kami menginap di Ibis Hotel. Bersedia untuk mengunjungi Balai Adat Riau dan sesi dialog berkaitan adat dan hubungan Siak dan Negeri Sembilan bakal dibincangkan.
Sesi dialog bersama Lembaga Adat Melayu Riau di Balai Adat
Jamuan tengahari di Balai Adat Riau, Pekan Baru
Sebelah malamnya rombongan membuat kunjungan hormat ke Yayasan Tenas Affendi. Tenas Affendi ialah seorang aktivis adat istiadat melayu Riau dan telah menulis puluhan buku dan ratusan kertas kerja. Malaysia sebagai rumah keduanya kerana kerap diundang untuk berkongsi ilmu di sini.
Pak Tenas Effendi berbaju coklat
DAY 4
Solat di Mesjid Agung yang besar dan indah..Jangan panik jika anda kehilangan kasut..Kasut anda telah disusun di tempat yang disediakan..sediakan rupiah untuk sumbangan!
Tidak lengkap kunjungan ke Pekan Baru jika tidak mengunjungi Pasar Bawah empat tingkat ini. Pelbagai barangan seperti kain baju, telekung, seramik, pelbagai kacang dan keropok boleh dibeli di sini sebagai oleh-oleh untuk dibawa pulang.
Lawatan ke Muzium Sang Nila Utama
Berangkat pulang ke tanah air..syukur Alhamdulillah.Selesai sudah kunjungan ke negeri Lancang Kuning ini. Tidak hairanlah kebanyakan tempat yang dikunjungi terutama di Pekan Baru, telinga anda dialuni dengan lagu popular Lancang Kuning..Lancang Kuning belayar malam..











No comments:
Post a Comment