Tuesday, 13 December 2016

JEJAK BUDAYA RIAU 2 - 8 OKT - 11 OKT 2016

Jejak Budaya Riau 2 (8 Okt - 11 Okt 2016)

Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi mengunjungi Siak setelah dua tahun kami menjejakkan kaki ke bumi Lancang Kuning buat kali pertama pada bulan Oktober 2014. Tujuan kami kali ini sebagai memenuhi undangan dari penganjur majlis "Siak Bermadah 2016" yang kami tidak berkesempatan untuk mengunjunginya pada tahun 2014 yang lalu..

Rombongan kami kali ini cuma enam orang sahaja .

Day 1 (8 Okt 2016)

Kami berlepas dari KLIA 2 jam 10.00 pagi dan sampai di Bandara Sultan Syariff Kassim II empat puluh lima minit kemudian.

Kami dijemput oleh pemandu pelancong , mengelilingi Pekan Baru, makan, dan check in Hotel Grandzuriq di Pekan Baru.

@ Grandzuriq Pekan Baru

Kami bermalam di Pekan Baru. Selepas makan malam kami berkesempatan mengunjungi Masjid Agung yang kebetulan sedang berlangsung raptai Majlis Tilawah Al-Quran yang diwakili oleh kabupaten-kabupaten Provinsi Kepulauan Riau.







Day 2 ( 9 Oktober 2016)

Kami meninggalkan Pekan Baru menjelang tengahari menuju ke Siak Inderapura yang mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan.




Kami meneruskan perjalanan ke Siak Inderapura menuju hotel penginapan yang sama dua tahun dahulu - Hotel Grand Mempura , yang tidak banyak berubah...


Sebelah malamnya kami pergi menyaksikan pertandingan kebudayaan Kebupaten Siak.







Day 3 (10 Oktober 2016)

Sebelah paginya selepas sarapan kami melawat tempat-tempat bersejarah di Kabupaten Siak.
Sudah pastinya ke istana Kesultan Siak .




 Istana Siak, Kota Siak Sri Indrapura, Riau didalamnya banyak terdapat benda-benda klasik bersejarah. Salah satunya terdapat alat musik semacam gramofon yang dinamakan 'komet'.
Alat muzik ini dikatakan telah dibawa ke Siak oleh Sultan Siak ke XI bernama Sultan Assyaidis Syarif Hasyim Abdul Jalil dari Jerman . Hanya ada dua sahaja  di dunia , satu  di Jerman dan satu lagi di Siak.

Dengar-dengarkan ....


Di hadapan istana inilah nanti akan diadakan perarakan kebudayaan Kabupaten Siak pada sebelah petangnya









Istiadat Meminang



Istiadat Berkhatan...