ISTIADAT MENYANDAR BUAPAK SUKU SERI LEMAK PAHANG LINGKUNGAN
Istiadat Menyandar dijalankankan setelah seseorang buapak itu telah dilantik oleh ibu soko dan anak-anak buahnya dalam satu majlis Kerapatan di rumah pusakanya. Istiadat menyandar pula diadakan di rumah isteri. Buapak yang dilantik diiringi Dato' Lembaga, Orang Besar Waris , ibu soko dan anak-anak buah bagi sukunya menuju ke rumah isteri. Isteri akan menyambutnya di hadapan rumah dan mempersilakan ahli rombongan naik ke atas rumah untuk diperkenalkan kepada buapak di sebelah isteri .
Istiadat menyandar buapak suku Seri Lemak Pahang (Solomak Pahang) Lingkungan Perut Tanjung Beringin , Dato' Setia Penghulu Hj Ahmad bin Hussin telah diadakan di rumah isterinya dari suku Tanah Datar di No 111, Kampung Tengah, Tanjung Ipoh pada tanggal 29 Mei 2016 yang lalu.
Maaf ..visual kurang memuaskan..Apa pun credit kepada sepupuku Nor Azman
Rombongan dari suku Seri Lemak Pahang Lingkungan
Upacara memperkenalkan buapak oleh wakil dari Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan
Dato' Setia Muda Hj Nizarudin
Dari kiri : To' Dio Johan, To' Amar Menteri Abu Hashim bin Salleh , To’ Setia Maharaja Hanapi bin Mohd Noor (Buapak Suku Tanah Datar), Dato' Setia Penghulu Hj Ahmad b Hussin (Buapak Seri Lemak Pahang Lingkungan), Pn Hjh Habidah bt Abdul Latiff, Dato' Andatar Hj Zulkifli bin Mansor (Dato' Lembaga Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan ), Dato' Setia Muda Hj Nizarudin b Kassim (Buapak Seri Lemak Pahang Lingkungan Perut Bukit Tempurung /Perut Hulu)
Makan Boselo
Antara tetamu yang hadir terdiri daripada waris soko, orang-orang seadat, orang-orang seresam
Dato' Setia Penghulu bergambar bersama adik-adik ipar perempuan
Dato' Setia Penghulu bersama adik ipar lelaki dan biras
Bergambar bersama Dato' Setia Muda Hj Nazarudin - buapak perut Solomak Pahang Lingkungan Perut Di Hulu
Bersama ibu mertua dan ibu-ibu soko Solomak Pahang Lingkungan
Cenderahati untuk para jemputan
Bungo Panco
- kredit kepada Pn Noraliza Alias (biras DSP) atas penyediaan cenderahati dan bungo panco
TEKS UCAPAN WAKIL SUKU SERI LEMAK PAHANG LINGKUNGAN
SEMPENA
UPACARA MENYANDARKAN BUAPAK DI RUMAH ISTERI
TARIKH : 29 MEI
2016 (AHAD) / 22 SYAABAN 1437H
MASA : 10.30 PAGI
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
1 Beri
Salam -
Assalamuaikum…
2 Pantun
Burung
Balam Burung Tempua,
Membuat sarang di dahan berangan,
Sambutlah
salam dari saya,
Walaupun
tidak berjabat tangan.
Bak kato adat
“
MENCINCANG BERLANDASAN,
MELOMPAT BERSETUMPUAN”
Jadi kpd sapo agak
ea ese nak mengadap?
(nanti ada orang
menunjukkan kpd siapa akan mengadap ) – bangun dan pergi duduk berhadapan dengan Dato’ (Buapak Suku Tanah Datar : To’ Setia Maharaja Hanapi bin Mohd Noor)
3 Bersalam dengan
Dato’ (Buapak) dan hulur bujam dan mempersilakan Dato’ menyirih (makan sirih) . sementara Dato’
membuka bujam kita berpantun :
Tok !
Makan
sirih berpinang tidak,
Pinangnya ada di negeri Melaka,
Makan
sirih mengenyangkan tidak,
Hanya
untuk berbudi bahasa.
Setelah selesai
Dato’ menyirih maka mulakanlah majlis:
4 BUKAN LOBAH SEBARANG
LOBAH,
LOBAH BERSARANG DI
ATAS ATAP,
BUKAN SOMBAH
SEBARANG SOMBAH,
SOMBAH ESE NAK MULO
BERCAKAP.
5 KATA-KATA ALUAN :
Maafkan ese Dato’ :
Ese ni mewakili Suku Selomak Pahang Lingkungan
Istana ingin menyembahkan :
BAK KATO ADAT KOCIK BENAMO,
BOSAR BEGOLAR,
Bak kata adat laei
:
BUAPAK
BOANAK BUAH,
LOMBAGO
BESUKU,
LUAK
BEPENGHULU,
ALAM BERAJO.
ALAM BERAJO.
Dengan ini ese
serahkan buapak ese Dato’ Setia Penghulu HJ AHMAD BIN HUSSIN untuk menyandarkan adat serta pusakonya
kepada anak buah Dato’ –
Suku Tanah Datar.
Suku Tanah Datar.
Bak kato adat :
IBARAT
RIMAU ADO BOLANG EA,
IBARAT
GAJAH ADO GADING EA.
Oleh itu beliau ini
tidak boleh lagi disuruh diarah. Begitu juga dengan Cik Puan. Beliau tidak boleh menyenduk di tengah laman
melainkan beliau sendiri ingin melakukannya dengan rela hati tanpa disuruh oleh sesiapa pun.
Sekarang ese
sembahkan kepada Dato’.
Sekian. Terima
kasih
Bersalam dengan
Dato’
Dan kita tunggu
kata-kata ucapan dari Dato’ sebelah sana….
TAMAT


















