Tuesday, 13 December 2016

JEJAK BUDAYA RIAU 2 - 8 OKT - 11 OKT 2016

Jejak Budaya Riau 2 (8 Okt - 11 Okt 2016)

Assalamualaikum w.b.t

Sekali lagi mengunjungi Siak setelah dua tahun kami menjejakkan kaki ke bumi Lancang Kuning buat kali pertama pada bulan Oktober 2014. Tujuan kami kali ini sebagai memenuhi undangan dari penganjur majlis "Siak Bermadah 2016" yang kami tidak berkesempatan untuk mengunjunginya pada tahun 2014 yang lalu..

Rombongan kami kali ini cuma enam orang sahaja .

Day 1 (8 Okt 2016)

Kami berlepas dari KLIA 2 jam 10.00 pagi dan sampai di Bandara Sultan Syariff Kassim II empat puluh lima minit kemudian.

Kami dijemput oleh pemandu pelancong , mengelilingi Pekan Baru, makan, dan check in Hotel Grandzuriq di Pekan Baru.

@ Grandzuriq Pekan Baru

Kami bermalam di Pekan Baru. Selepas makan malam kami berkesempatan mengunjungi Masjid Agung yang kebetulan sedang berlangsung raptai Majlis Tilawah Al-Quran yang diwakili oleh kabupaten-kabupaten Provinsi Kepulauan Riau.







Day 2 ( 9 Oktober 2016)

Kami meninggalkan Pekan Baru menjelang tengahari menuju ke Siak Inderapura yang mengambil masa lebih kurang dua jam perjalanan.




Kami meneruskan perjalanan ke Siak Inderapura menuju hotel penginapan yang sama dua tahun dahulu - Hotel Grand Mempura , yang tidak banyak berubah...


Sebelah malamnya kami pergi menyaksikan pertandingan kebudayaan Kebupaten Siak.







Day 3 (10 Oktober 2016)

Sebelah paginya selepas sarapan kami melawat tempat-tempat bersejarah di Kabupaten Siak.
Sudah pastinya ke istana Kesultan Siak .




 Istana Siak, Kota Siak Sri Indrapura, Riau didalamnya banyak terdapat benda-benda klasik bersejarah. Salah satunya terdapat alat musik semacam gramofon yang dinamakan 'komet'.
Alat muzik ini dikatakan telah dibawa ke Siak oleh Sultan Siak ke XI bernama Sultan Assyaidis Syarif Hasyim Abdul Jalil dari Jerman . Hanya ada dua sahaja  di dunia , satu  di Jerman dan satu lagi di Siak.

Dengar-dengarkan ....


Di hadapan istana inilah nanti akan diadakan perarakan kebudayaan Kabupaten Siak pada sebelah petangnya









Istiadat Meminang



Istiadat Berkhatan...




Thursday, 10 November 2016

Istiadat Menyandar Buapak Di Rumah Isteri


ISTIADAT MENYANDAR BUAPAK SUKU SERI LEMAK PAHANG LINGKUNGAN

Istiadat Menyandar dijalankankan setelah seseorang buapak itu telah dilantik oleh ibu soko dan anak-anak buahnya  dalam satu majlis Kerapatan di rumah pusakanya. Istiadat menyandar pula diadakan di rumah isteri. Buapak yang dilantik diiringi Dato' Lembaga, Orang Besar Waris , ibu soko dan anak-anak buah bagi sukunya menuju ke rumah isteri. Isteri akan menyambutnya di hadapan rumah dan mempersilakan ahli rombongan naik ke atas rumah untuk diperkenalkan kepada buapak di sebelah isteri .

Istiadat menyandar buapak suku Seri Lemak Pahang (Solomak Pahang) Lingkungan Perut Tanjung Beringin , Dato' Setia Penghulu Hj Ahmad bin Hussin telah diadakan di rumah isterinya dari suku Tanah Datar di No 111, Kampung Tengah, Tanjung Ipoh pada tanggal 29 Mei 2016 yang lalu. 

Maaf ..visual kurang memuaskan..Apa pun credit kepada sepupuku Nor Azman


Rombongan dari suku Seri Lemak Pahang Lingkungan



 Upacara memperkenalkan buapak oleh wakil dari Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan 
Dato' Setia Muda Hj Nizarudin

Dari kiri : To' Dio Johan, To' Amar Menteri Abu Hashim bin Salleh , To’ Setia Maharaja Hanapi bin Mohd Noor (Buapak Suku Tanah Datar), Dato' Setia Penghulu Hj Ahmad b Hussin (Buapak Seri Lemak Pahang Lingkungan), Pn Hjh Habidah bt Abdul Latiff, Dato' Andatar Hj Zulkifli bin Mansor (Dato' Lembaga Suku Seri Lemak Pahang Lingkungan ), Dato' Setia Muda Hj Nizarudin b Kassim (Buapak Seri Lemak Pahang Lingkungan Perut Bukit Tempurung /Perut Hulu)




                                                       Makan Boselo


Antara tetamu yang hadir terdiri daripada waris soko, orang-orang seadat, orang-orang seresam

Dato' Setia Penghulu bergambar bersama adik-adik ipar perempuan

Dato' Setia Penghulu bersama adik ipar lelaki dan biras

Bergambar bersama Dato' Setia Muda Hj Nazarudin - buapak perut Solomak Pahang Lingkungan Perut Di Hulu

Bersama ibu mertua dan ibu-ibu soko Solomak Pahang Lingkungan


Cenderahati untuk para jemputan 

Bungo Panco 
- kredit kepada Pn Noraliza Alias (biras DSP) atas penyediaan cenderahati dan bungo panco















 LAMPIRAN :

TEKS UCAPAN WAKIL SUKU SERI LEMAK PAHANG LINGKUNGAN SEMPENA
UPACARA MENYANDARKAN BUAPAK DI RUMAH ISTERI

TARIKH : 29 MEI 2016 (AHAD) / 22 SYAABAN 1437H
MASA : 10.30 PAGI

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

1             Beri Salam  -  Assalamuaikum…
2             Pantun

                              Burung Balam Burung Tempua,
                              Membuat  sarang di dahan berangan,
                              Sambutlah salam dari saya,
                              Walaupun tidak berjabat tangan.

               Bak kato adat
                             
                              “ MENCINCANG BERLANDASAN,
                                 MELOMPAT BERSETUMPUAN”

               Jadi kpd sapo agak ea ese nak mengadap?

               (nanti ada orang menunjukkan kpd siapa akan mengadap ) – bangun dan pergi                                      duduk berhadapan dengan Dato’ (Buapak  Suku Tanah Datar : To’ Setia Maharaja Hanapi                    bin Mohd Noor)

3             Bersalam dengan Dato’ (Buapak) dan hulur bujam dan mempersilakan Dato’                                        menyirih (makan sirih) . sementara Dato’ membuka bujam kita berpantun :

                        Tok !

                              Makan sirih berpinang tidak,
                              Pinangnya  ada di negeri Melaka,
                              Makan sirih mengenyangkan tidak,
                              Hanya untuk berbudi bahasa.

               Setelah selesai Dato’ menyirih maka mulakanlah majlis:

4             BUKAN LOBAH SEBARANG LOBAH,
               LOBAH BERSARANG DI ATAS ATAP,
               BUKAN SOMBAH SEBARANG SOMBAH,
               SOMBAH ESE NAK MULO BERCAKAP.

5             KATA-KATA ALUAN :
              
               Maafkan ese Dato’ :

               Ese  ni mewakili Suku Selomak Pahang Lingkungan Istana ingin menyembahkan :
              
                           BAK KATO ADAT KOCIK BENAMO,
                           BOSAR BEGOLAR,
              
               Bak kata adat laei :

                              BUAPAK BOANAK BUAH,
                              LOMBAGO BESUKU,
                              LUAK BEPENGHULU,
                              ALAM BERAJO.

               Dengan ini ese serahkan buapak ese Dato’ Setia Penghulu HJ AHMAD BIN                                        HUSSIN untuk menyandarkan adat serta pusakonya kepada anak buah Dato’ –                    
               Suku Tanah Datar.

               Bak kato adat :

                              IBARAT RIMAU ADO BOLANG EA,
                              IBARAT GAJAH ADO GADING EA.

                Oleh itu beliau ini tidak boleh lagi disuruh diarah. Begitu juga dengan Cik Puan.                                   Beliau tidak boleh menyenduk di tengah laman melainkan beliau sendiri ingin                                       melakukannya dengan rela hati tanpa disuruh oleh sesiapa pun.

               Sekarang ese sembahkan kepada Dato’.

               Sekian. Terima kasih

               Bersalam dengan Dato’

               Dan kita tunggu kata-kata ucapan dari Dato’ sebelah sana….




TAMAT



Friday, 30 September 2016

Bukit Tinggi

Lembah Anai Terletak di tepi Jalan Raya Padang-Bukittinggi, air terjun ini sebenarnya terletak di     Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Baratdengan ketinggian lebih kurang  60 meter.



RUMAH GADANG -Rumah Adat




Beratapkan ijuk dan bentuk tanduk kerbau


Lempeng Kelapa




Kelas Sulaman Hjh Rosmah




Istana Pagar Ruyung








Penutup Tudung Saji masih digunakan dalam masyarakat adat perpatih di NS untuk menutup 
hidangan buat lembaga atau buapak semasa istiadat  perkahwinan atau majlis-majlis adat yang lain


























Jam Gadang - mercu tanda Bukit Tinggi